BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 27 May 2012

Best Friend Till Jannah











Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja.
Tangan dilarikan di skrin .. Unlock

1 new message.

Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan
pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.

Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.

Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai saja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai saja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai saja dapat aku memberitahumu.

Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.

Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika hendak dikira setiap satunya.

Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak kan pernah berpatah kembali.

Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.

Kalau benar kau mahu berubah. Pasti ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apajua keadaan, mereka akan tetap teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan dunia ini. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah memimpinmu untuk berubah.









Sahabat, andai saja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Illahi. Andai saja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Illahi. Andai saja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.

Aku pasti.

Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti. 

Aku pasti.

Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan nikmat yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.

Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.

Andai saja dapat aku terangkan perasaanku tika ini. Andai saja dapat aku kongsi sedikit rasa hati. Andai saja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi. 

Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Illahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.







Andai saja dapat aku kongsi.

Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya .. Hingga ke Syurga ..

Sahabat, aku tidak kisah andai kau membenciku .. Akan ku pergi jauh dari hidupmu , andai itu yang dapat membahagiakanmu. Aku ingin kau tahu, bahawa aku terlalu rindukan gelak tawamu, aku rindukan saat manis kita bersama.
Tapi aku tak pasti samada ianya boleh diungkapkan kembali atau tidak.

Yang pasti, aku menyayangimu setulus hatiku. Maafkan segala kesilapanku terhadapmu. 

''Sahabat sejati ambil berat macam seorang ibu, 
marah macam seorang ayah,
bergurau macam adik beradik,
DAN menyayangi melebihi daripada seorang kekasih. . .''






''Sahabat adalah anugerah yang indah.
Mungkin seseorang boleh hiup tanpa kekasih,
tetapi jarang orang boleh hidup tanpa sahabat.
Yang selalu menemaninya saat dia perlukan kita.''

''Pada hari itu, 
sahabat sesetengahnya akan menjadi
musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali
orang-orang yang persahabatannya 
berdasarkan taqwa
(iman dan amal soleh)

~SALAM UKHWAH YA UKHTI~




0 comments: