BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 26 May 2012

Adam, Kenalilah Hawa. Tolong !



Adam, Kenalilah Hawa. Tolong ! 

Minggu ini, bertimpa-timpaaku menerima panggilan dari teman.
Teman jauh, mahupun dekat . Mukadimahnya esak tangis.
Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba merangkap gelora hati, 
membaca gejolak jiwa.
Namun yang terzahir hanya 
alunan sedu sedan.

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir.
Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata,
bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat yang itu ini
tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu 
apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itutidak bisa menyentuh hati seorang 
Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu 
mendengarnya.

Aneh bukan ? Ya, kerana Hawa itu sifatnya aneh .

Lalu, harus bagaimanakah .



Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif.
Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi,
aku cakap itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk 
meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu
sebagai kekalahan. Tidak sama sekali !
Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk meminta engkau mengerti,
kerana aku, Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidk mudah mengusik
hatiku. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang
menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata
seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah laku seorang
Adam ...

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan 
jika engkau turut sama berjuang.


Harungilah sujudmu ketepian redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata
indah lewat doamu. Moga Hawa itu harus kuat.

Aku pernah jadi perempuan,
Aku pernah jadi gadis,
Aku pernah jadi wanita,
Kini, biar aku jadi muslimah.

bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam




0 comments: