BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 29 May 2012

BERBAHAGIALAH WAHAI WANITA








Siapa kata jadi perempuan itu senang ?

Perlu tutup sana, tutup sini.

Cuba lihat budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising.

Perempuan, stoking perlu pakai.



Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan suatu hari.

Pasti menangis air mata darah, kerana tidak tahan bertutup semua.

Tapi, perempuan sentiasa sabar. Tengah panas masih boleh lagi memakai jubah.

Hebatkan, perempuan ?

Siapa kata jadi perempuan itu senang ?

Tiap2 bulan mesti ada penyakit. Hendak pergi kelas pun susah.

Kalau boleh, masa tengah jalan merasakan hendak meraung kerana kesakitan.

Cuba lihat budak lelaki, mereka nampak gembira. Kadang2 setahun sekali pun susah dapat sakit, tetapi sekali sakit merungut bagai tidak ingat dunia.

Tetapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap2 bulan, masih boleh tersenyum menyimpan kesakitan yang dialaminya.

Hebatkan, perempuan ?

Siapa kata jadi perempuan itu senang ?

Hati ini Allah jadikan sangat lembut.

Hati cepat sensitif.



Cuba lihat orang putus cinta. Kebiasaannya perempuan yang paling susah hendak lupa.

Lelaki lepas putus cinta cepat mencari pasangan baru.

Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan, siapa yang paling teruk menangis ?

Perempuan bukan ? Lelaki masih boleh ketawa.

Sungguh lembut hati perempuan. Tapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tidak perempuan ?

Siapa kata jadi perempuan itu senang ?

Apabila hendak keluar ke mana2, sentiasa ketakutan. Kerana berita asyik2 keluar cerita orang kena rogol, kena culik.

Lelaki pukul dua pagi masih boleh keluar minum kopi tengok bola.

Siapa kata jadi perempuan itu senang ?

Jika dirogol, perempuan disalahkan kata tidak jaga pakaian,

Apabila buang anak, perempuan disalahkan cakap berhati binatang.

Apabila buat salah sikit, kena marah dengan suami,

Apabila bising terlebih, kena label perempuan tidak sopan.

Betapa susah hendak jadi perempuan kan ?

Disebabkan susahnya hendak jadi perempuan inilah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.

Mereka berkata, Allah tidak adil.

Mengapa Allah lebihkan lelaki ?

Mengapa perempuan perlu dengar cakap suami ?

Mengapa syurga perempuan terletak bawah kaki suami ?




Walhal jadi perempuan tu sangatlah susah. Bak kata orang, hendak jaga sepuluh anak lelaki, tidak susah seperti menjaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif pada Allah, ramai perempuan  di luar sana ditolak.

Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan asalan, 'lelaki tak payah tutup pun'.

Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki. Mereka sanggup gadaikan diri mereka kerana percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.

Kasihan pada mereka bukan ?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri mereka.

Mereka kata mereka lakukan seperti itu kerana Allah tidak adil.




Persoalannya sekarang, adakah benar Allah tidak adil pada perempuan ?

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.

Tapi, cuba ingat kembali, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa jika bukan pada kaki ibunya ?

Betul, isteri kena ikut cakap suami.

Tapi, seorang anak lelaki perlu taat pada ibunya tiga kali lebih utama daripada ayahnya.

Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan ?

Allah bukan setakat adil. Tetapi Allah itu sangat sayang pada perempuan.

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.

Jika paling banyak lelaki ada empat orang isteri.

Cuma ada empat orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu.

Tetapi perempuan, ditakdirkan ada lima belas orang anak lelaki.

Bermakna ada lima belas orang  yang syurganya terletak pada seorang perempuan itu.

Masya-Allah, hebatnya perempuan bukan ?

Mengapa perempuan hebat ?

Kerana kasih sayang Allah yang menjadikan kita hebat !

Cuba didengari pula lagu2 yang berkumandang di radio.

Banyak lagu berkaitan perempuan bukan ?

Jarang kita dengar lagu berkaitan lelaki.

Sayang sungguh Allah itu pada perempuan, hingga perempuan dikasihi seperti itu sekali di dunia ini.

Lihat pula apabila seorang lelaki berjaya.

Orang akan berkata, ' Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'.

Kita tidak pernah dengar orang berkata, Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'.

Sungguh hebat Allah jadikan perempuan itu.

Masih tidak adil lagikah Allah pada perempuan ?

Hakikatnya, Allah terlampau adil pada perempuan.

Disebabkan susahnya hendak menjadi perempuan ini, perempuan senang hendak masuk syurga. Berdasarkan satu hadis :

'' Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat pada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.''
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tidak adil lagikah Allah pada perempuan ?

Oh perempuan, sedarlah.

Betapa sayangnya Allah pada kita. Betapa cintanya Allah pada kita.

Tetapi, mengapa kita rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif  yang tidak berasas pada Allah. 

Allah jadikan perempuan itu hiasan dunia.






Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasannya.

Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.

Betapa ruginya kita sekiranya ditolak menjadi seindah-indah perhiasan dunia, bukan ?







Dosa di 'Facebook'



Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar.

Katakan anda ambil gambar anda.
Kemudian, anda letakkannya di facebook.

Ada 134 orang yang Like. Eh, itu belum termasuk yang hanya melihat gambar itu tetapi tidak menekan Like, sekadar melihat sahaja.

Katakanlah jumlah orang yang melihat itu 500 orang daripada 3000 Friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.

Baiklah, mari kita mulakan kiraan.

Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram, kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita ni ada berapa helai rambut ye ? Ada kajian mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka, dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita.

Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.

Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka, 

100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) - (A)

Perlu diingatkan, 300 orang itu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar disetkan public pula. Semua orang boleh melihat termasuk mereka yang bukan friends. Sudahlah gambar kita comel, tertarik dan menarik pula.




Seterusnya, kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.

Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa - (B)

(A) + (B) = 30 000 300 - (C)

Baiklah, mari kita teruskan.

Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment atau like, jadi kita tag kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag)

Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik pun sudah cukuplah. Disini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni ada).

Ultraman : 783 friends
Pikachu : 1339 friends
Kluang Man : 1565 friends
Doraemon : 593 friends
Hang Tuah : 3210 friends
Donald Duck : 678 friends
Spongebob seluar kuning : 2144 friends
Tasmania : 653 friends
Vampire : 1922 friends
Harry Potter : 2831 friends
Kerengga : 2101 friends
Kambenk : 1217 friends

Wah,, berapa da semua friends tu? 19396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9698 orang)

Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta - (D)

Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya satu gambar.

Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.

Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta

Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan.

Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah atau belum bernikah. Itu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.

Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di 'share' oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu.

Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.

Ini baru facebook, belum lagi gambar kita di akaun media sosial kita yang lain - Myspace, Friendster, Twitter, Formspring, Tumlr.

Serabut? Pening?

Tak perlu susah-susah nak kira kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan ?

Cik wanita, it's time to wake up !

Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di facebook.

Ehh, sekejap. Enti ni bukan untuk wanita saja okay ..

Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.

523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.

Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.

Sekian,tamatlah matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.

Akhir kata, selamat men'delete' gambar.  :)


Sunday 27 May 2012

Best Friend Till Jannah











Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja.
Tangan dilarikan di skrin .. Unlock

1 new message.

Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan
pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.

Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.

Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai saja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai saja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai saja dapat aku memberitahumu.

Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.

Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika hendak dikira setiap satunya.

Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak kan pernah berpatah kembali.

Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.

Kalau benar kau mahu berubah. Pasti ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apajua keadaan, mereka akan tetap teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan dunia ini. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah memimpinmu untuk berubah.









Sahabat, andai saja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Illahi. Andai saja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Illahi. Andai saja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.

Aku pasti.

Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti. 

Aku pasti.

Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan nikmat yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.

Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.

Andai saja dapat aku terangkan perasaanku tika ini. Andai saja dapat aku kongsi sedikit rasa hati. Andai saja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi. 

Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Illahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.







Andai saja dapat aku kongsi.

Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya .. Hingga ke Syurga ..

Sahabat, aku tidak kisah andai kau membenciku .. Akan ku pergi jauh dari hidupmu , andai itu yang dapat membahagiakanmu. Aku ingin kau tahu, bahawa aku terlalu rindukan gelak tawamu, aku rindukan saat manis kita bersama.
Tapi aku tak pasti samada ianya boleh diungkapkan kembali atau tidak.

Yang pasti, aku menyayangimu setulus hatiku. Maafkan segala kesilapanku terhadapmu. 

''Sahabat sejati ambil berat macam seorang ibu, 
marah macam seorang ayah,
bergurau macam adik beradik,
DAN menyayangi melebihi daripada seorang kekasih. . .''






''Sahabat adalah anugerah yang indah.
Mungkin seseorang boleh hiup tanpa kekasih,
tetapi jarang orang boleh hidup tanpa sahabat.
Yang selalu menemaninya saat dia perlukan kita.''

''Pada hari itu, 
sahabat sesetengahnya akan menjadi
musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali
orang-orang yang persahabatannya 
berdasarkan taqwa
(iman dan amal soleh)

~SALAM UKHWAH YA UKHTI~




Saturday 26 May 2012

Adam, Kenalilah Hawa. Tolong !



Adam, Kenalilah Hawa. Tolong ! 

Minggu ini, bertimpa-timpaaku menerima panggilan dari teman.
Teman jauh, mahupun dekat . Mukadimahnya esak tangis.
Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba merangkap gelora hati, 
membaca gejolak jiwa.
Namun yang terzahir hanya 
alunan sedu sedan.

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir.
Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata,
bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat yang itu ini
tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu 
apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itutidak bisa menyentuh hati seorang 
Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu 
mendengarnya.

Aneh bukan ? Ya, kerana Hawa itu sifatnya aneh .

Lalu, harus bagaimanakah .



Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif.
Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi,
aku cakap itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk 
meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu
sebagai kekalahan. Tidak sama sekali !
Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk meminta engkau mengerti,
kerana aku, Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidk mudah mengusik
hatiku. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang
menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata
seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah laku seorang
Adam ...

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan 
jika engkau turut sama berjuang.


Harungilah sujudmu ketepian redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata
indah lewat doamu. Moga Hawa itu harus kuat.

Aku pernah jadi perempuan,
Aku pernah jadi gadis,
Aku pernah jadi wanita,
Kini, biar aku jadi muslimah.

bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam




DUGAAN REMAJA



Bismillahirrahmanirrahim ..

Hidup sebagai remaja yang beragama Islam zaman sekarang
ni banyak dugaan dan cabarannya .
Hanya remaja yang tabah dan sabar menghadapinya bakal
diangkat ke darjat yang lebih tinggi .

Isu aurah dan couple.
Isu hangat sepanjang masa.
Apabila masalah ini berlaku, ibu bapa yang menjadi mangsa.
Dikatakan tidak mendidik anak secukupnya.
Tapi sebenarnya, 
Persekitaranlah puncanya,

Remaja yang masih dapat menutup aurah sepenuhnya,
Remaja yang masih dapat menjaga pergaulannya,
Remaja yang masih dapat menghormati ibu bapanya,
Remaja yang masih dapat mengawal nafsunya,
Remaja yang masih melakukan suruhan-Nya,
Remaja yang masih meninggalkan larangan-Nya,
Ya Allah, rahmatilah kami,
Sepatutnya kami patut berbangga dengan diri kami,
kerana ....
Untuk melakukan sedemikian,
Bukan lagi benda yang senang,
Dengan hasutan dari syaitan via kawan-kawan,
Ya Allah, kuatkanlah iman kami,
Sesungguhnya kami telah berjuang habis-habisan melawan musuh-Mu 
iaitu syaitan yang direjam.