BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 5 February 2012

Hati Kosong ?


Inilah sebahagian sifat mahmudah,
Yang patut ada pada diri kita,
Susah dimiliki payah dijaga,
Hanya yang punya,
Yang bermujahadah.

Ikhlas itu jiwa yang murni,
Rahhsia Allah di dalam hati,
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan,
Jika disuluh dengan saksama,
Nista dan puji tiada berbeza..

Redha sifat hati yang suci,
Ujian yang tiba rasa gembira,
Atau tiada apa terasa,
Kerna menerima anugerah Tuhannya.

Sifat sabar sedikit berbeza,
Ujian yang menimpa sakit dirasa,
Tapi dapat ditahan perasaannya,
Hanya bermain di dalam sahaja,
Di luar tidak nampak terang nyata.







Saturday 4 February 2012

Siapalah Kita Untuk Menilai Insan Lain .. ??


Semakin hari kurasakan semakin manis perjalanan hidupku . Alhamdulillah, walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas.

Bismilallahirrahmanirrahim ..;

Alahmdulillah kerana masih mampu menulis dan diberikan ilhamNya untuk terus dan terus menulis tanpa jemu atau berputus asa . Dengan itu anda mampu membaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ini . Diharapkan sama2 mendapat manfaat! Insyallah .. Semoga saling ingat-mengingatkan dan sampaikanlah kebaikan dan pesan walau 1 ayat .. Insyallah ..

Sedang saya berfacebook , saya tertarik dengan status salah seorang rakan Facebook dan saya salin sebahagian dari statusnya untuk menjadi satatus saya.Alhamdulillah , niat untuk memberi kesedaran kepada kita semua termasuk saya.Ya! termasuk sya.Saya juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan underestimated orang lain juga.

Kita semua sama disisiNya.Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan.Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur. Cuba kita sama-sama renungkan .

Melalui kehidupan yang lepas, biarlah kita jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai pengajaran dan tarbiyah agar kita lebih baik di masa sekarang dan masa akan datang !
Insyaallah , Jangan sesekali salah tafsir orang lain dari sudut yang negatif. Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif.Insyallah, hati kita akan tenang.Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab.Hanya Allah Maha Mengetahui..Mungkin mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita.