Tuesday, 29 May 2012
BERBAHAGIALAH WAHAI WANITA
Posted by levis_raihan at 23:41 0 comments
Dosa di 'Facebook'
Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar.
Katakan anda ambil gambar anda.
Kemudian, anda letakkannya di facebook.
Ada 134 orang yang Like. Eh, itu belum termasuk yang hanya melihat gambar itu tetapi tidak menekan Like, sekadar melihat sahaja.
Katakanlah jumlah orang yang melihat itu 500 orang daripada 3000 Friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.
Baiklah, mari kita mulakan kiraan.
Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram, kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita ni ada berapa helai rambut ye ? Ada kajian mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka, dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita.
Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.
Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,
100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) - (A)
Perlu diingatkan, 300 orang itu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar disetkan public pula. Semua orang boleh melihat termasuk mereka yang bukan friends. Sudahlah gambar kita comel, tertarik dan menarik pula.
Seterusnya, kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa - (B)
(A) + (B) = 30 000 300 - (C)
Baiklah, mari kita teruskan.
Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment atau like, jadi kita tag kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag)
Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik pun sudah cukuplah. Disini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni ada).
Ultraman : 783 friends
Pikachu : 1339 friends
Kluang Man : 1565 friends
Doraemon : 593 friends
Hang Tuah : 3210 friends
Donald Duck : 678 friends
Spongebob seluar kuning : 2144 friends
Tasmania : 653 friends
Vampire : 1922 friends
Harry Potter : 2831 friends
Kerengga : 2101 friends
Kambenk : 1217 friends
Wah,, berapa da semua friends tu? 19396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9698 orang)
Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta - (D)
Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya satu gambar.
Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.
Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta
Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan.
Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah atau belum bernikah. Itu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.
Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di 'share' oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu.
Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.
Ini baru facebook, belum lagi gambar kita di akaun media sosial kita yang lain - Myspace, Friendster, Twitter, Formspring, Tumlr.
Serabut? Pening?
Tak perlu susah-susah nak kira kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan ?
Cik wanita, it's time to wake up !
Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di facebook.
Ehh, sekejap. Enti ni bukan untuk wanita saja okay ..
Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.
523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.
Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.
Sekian,tamatlah matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.
Akhir kata, selamat men'delete' gambar. :)
Posted by levis_raihan at 08:54 0 comments
Sunday, 27 May 2012
Best Friend Till Jannah
Posted by levis_raihan at 01:36 0 comments
Saturday, 26 May 2012
Adam, Kenalilah Hawa. Tolong !
Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.
Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif.
Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi,
aku cakap itu fitrah.
Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk
meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu
sebagai kekalahan. Tidak sama sekali !
Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.
Adam, aku khabarkan bukan untuk meminta engkau mengerti,
kerana aku, Hawa, juga tidak pernah mengerti.
Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidk mudah mengusik
hatiku. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang
menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata
seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah laku seorang
Adam ...
Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan
jika engkau turut sama berjuang.
Harungilah sujudmu ketepian redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata
indah lewat doamu. Moga Hawa itu harus kuat.
Aku pernah jadi perempuan,
Aku pernah jadi gadis,
Aku pernah jadi wanita,
Kini, biar aku jadi muslimah.
bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam
Posted by levis_raihan at 01:53 0 comments
DUGAAN REMAJA
Posted by levis_raihan at 01:15 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)