BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 13 October 2011

Dan seorang remaja berkata,
Bicaralah kami tentang Persahabatan
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi
Dialah ladang hati
yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa mencarinya saat jiwa mahu kedamaian

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya,
kau tiada takut membisikkan kata ''Tidak''
di kabulmu sendiri pun tiada kau menyembunyikan kata ''ya''.

Dan bila mana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya;
kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan
segala fikiran, hasrat, keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi
dengan kegembiraan tiada terkirakan..

Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita

Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya,
mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaanya,
bagai seorang gunung bagi seorang pendaki,
nampak lebih agung daripada tanah ngarai daratan

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali memperkaya roh kejiwaan

Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya,
bukanlah cinta,
tetapi sebuah jala yang ditebarkan : hanya menangkap yang tiada diharapkan

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu,
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencariny, untuk sekadar bersama
dalam membunuh waktu?

Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu  !!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu
Dan dalam manisnya persahabatan,
Biarkan ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi,
hati manusia menemui fajardan ghairah segar kehidupan.


0 comments: