BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 6 June 2012

Dia Sahabatku



Bertemu dengannya adalah takdir
Menjadi sahabatnya adalah sebuah pilihan
Dia bawa aku dalam cerita hidupnya
Kerana dialah hidupku mempunyai cerita

Mungkin baginya aku hanyalah seorang sahabat
Tapi, bagiku dia lebih dari seorang sahabat
Dia sahabat yang selalu tersenyum untukku
Sahabat yang selalu menemaniku ke manapun ku melangkah

Sahabat yang selalu menyapaku ''Pagi''
Sahabat yang selalu menghulurkan tangannya
Sahabat yang selalu meminjamkan bahunya
Sebagai tempat terakhir untuk menangis

Aku berdoa di manapun dia berada dan melangkah
Dia selalu bahagia dan tersenyum
Ku tak berharap sesuatu darinya
Ku hanya berharap, suatu hari nanti ....
Saat dia mendengar namaku, dia akan tersenyum dan berkata
'' Dia sahabatku''

0 comments: